Khidmat ATM bank hanya dibuka dari 7 pagi hingga 10 malam

Terminal layan diri kewangan seperti ATM, wang tunai, cek dan mesin deposit syiling akan beroperasi sepenuhnya di lokasi yang boleh diakses seperti premis dan kawasan yang tidak terjejas oleh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut senarai pertanyaan lazim oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai perkhidmatan penting semasa PKP seperti yang dikeluarkan hari ini, operasi harian untuk semua terminal layan diri termasuk ATM akan dihadkan dari jam 7 pagi hingga 10 malam.

“BNM dan semua bank mewujudkan infrastruktur yang perlu bagi memastikan ATM di seluruh negara akan terus ditampung dengan wang tunai yang mencukupi bagi memenuhi keperluan semua isi rumah serta perniagaan semasa tempoh PKP,” katanya.

Untuk perbankan dalam talian seperti perbankan elektronik, perbankan mudah alih, perkhidmatan kad pembayaran dan pemprosesan cek, kesemua perkhidmatan itu masih beroperasi, manakala perkhidmatan pertukaran serta pengiriman wang boleh didapati di cawangan bank.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker