COVID-19: Pencegahan Perlu Lebih Menyeluruh, Termasuk Penutupan Pusat Hiburan – Puteri UMNO

Share

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menggesa kerajaan bertindak lebih menyeluruh bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (COVID-19).

Tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, langkah pencegahan penularan koronavirus itu perlu lebih menyeluruh dan tidak hanya disensasikan dengan isu berkait jemaah Tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengeluarkan arahan menutup pusat-pusat hiburan daripada dikunjungi kerana ia akan menjadi risiko untuk COVID-19 terus merebak.


“Dalam masa yang sama saya rasa amat kecewa apabila kumpulan dakwah Islam ini dilabel seperti penyebar terbesar COVID-19 dalam negara, ini adalah persepsi yang mesti dihentikan segera,” katanya.

Justeru itu tambah Zahida, Puteri UMNO menyokong penuh sekiranya kerajaan perlu mengeluarkan perintah berkurung kepada orang ramai sehingga situasi menjadi reda seperti sedia kala.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu kenyataan berkata, jumlah terkini sehingga jam 12 tengah hari Ahad, 15 Mac bagi kes jangkitan COVID-19 mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). – UMNO ONLINE


Leave a Reply