Kompleks Jabatan Perdana Menteri ditukar kepada Kompleks Setia Perdana mulai 1 Feb.

Share


Berkuatkuasa 1 Februari ini, Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya akan ditukar dengan nama baharu, Kompleks Setia Perdana.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat JPM, Izzad Zalman Abdul Kader, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju dengan penjenamaan semula Kompleks Jabatan Perdana Menteri kepada Kompleks Setia Perdana.

Katanya, berikutan penjenamaan itu, setiap bangunan dalam kompleks itu akan dikenali sebagai Setia Perdana 1 hingga 8, menggantikan Blok 1 hingga 8.

“Pertukaran ini akan berkuaskuasa 1 Februari ini. Justeru, alamat surat menyurat kepada pihak berkaitan ialah, Jabatan Perdana Menteri, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berharap pihak yang berkenaan dapat memanjangkan hebahan itu kepada jabatan dan agensi masing-masing mengenai penjenamaan baharu itu.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8872 3435. – MalaysiaGazette



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *