Pertempuran ‘Mahathir, Zahid’ dimahkamah ditangguhkan
Perbicaraan kes saman fitnah membabitkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan berlangsung empat hari minggu depan, telah ditangguhkan.
Zahid yang merupakan plaintif dalam saman berkenaan, dijangka menjadi saksi pertama dan akan diperiksa balas.
Beliau memfailkan saman itu selepas Mahathir mendakwa Zahid telah meminta bantuannya supaya tuduhan rasuah yang dihadapinya “digugurkan”.
Peguam Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi, berkata sistem e-filing mahkamah kini menyenaraikan perkara itu untuk pengurusan kes.
“Kami telah memaklumkan kepada defendan (Mahathir) supaya tidak menghadiri prosiding mahkamah. Sebagai peguam kepada defendan, saya tidak boleh mendedahkan banyak maklumat,” kata Mior kepada FMT.
Peguam Zahid tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.
FMT difahamkan bahawa tarikh perbicaraan telah dikosongkan kerana tiada hakim ditugaskan untuk menggantikan Hakim Rozana Ali Yusoff, yang dipindahkan ke Pulau Pinang dua bulan lalu.
Pada sidang media yang diadakan pada 23 Feb tahun lepas, Mahathir mendakwa Zahid dan beberapa yang lain telah menemuinya di rumahnya sejurus selepas PRU14 pada 2018.
Dia didakwa berkata Zahid mahu “berbaik-baik” dengannya sebelum Mahathir menjadi perdana menteri buat kali kedua pada Mei 2018.
Zahid mendakwa, kenyataan Mahathir tidak benar, tidak wajar, tiada asas, dan memudaratkan.
Mahathir dalam pernyataan pembelaan, tegas dengan kenyataan tersebut dan bergantung pada pembelaan justifikasi.
Pada September, Mahathir menyaman Zahid berhubung penggunaan nama “Kutty” yang didakwa menghinanya, juga ditangguhkan.
Rozana telah dijadualkan mendengar kes itu selama empat hari bermula 11 Sept.
Perbicaraan itu kini telah dijadualkan semula untuk berlangsung dari 13 hingga 16 Feb tahun depan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mahathir mendakwa Zahid telah memfitnahnya semasa mesyuarat bahagian Umno di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.
Mahathir mendakwa kenyataan itu bertujuan membayangkan beliau bukan dilahirkan sebagai Melayu atau Islam, dan nama asalnya ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”
Dalam pembelaannya, Zahid berkata nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty” merujuk kepada individu berdasarkan maklumat daripada salinan lama kad pengenalan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Israel bedil tiga sekolah PBB tempat 20,000 penduduk Gaza berlindung
- Banyak ‘suara’ mahu PN ambil alih kerajaan – Hamzah
- ‘Kalau ibu mati, Esya jaga ayah ye’
- Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali
- Momen yang dinanti Liza Hanim telah tiba
- Adi Putra kini suami Siti Sarah
- Pemancing terkejut lihat lelaki berjalan tengah laut
- Tan Sri Azman Hashim tawan Gunung Kinabalu pada usia 84 tahun
- Angelina Jolie akhirnya mengecam Zionis, kutuk pengeboman Jabalia
- Skrip Surat Dari Tuhan ajar penonton benda tak elok – Mohd. Naim
- Siap sedia untuk sebarang kemungkinan – Tok Mat
- Main kasar kau ni – Azhar Sulaiman
- Ada pihak kacau Minggu Solidariti Palestin – Fadhlina
- Shila Amzah dah ‘burnout’
- Mengeluh bayar RM420 servis kereta H
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris