Habis kedai tomyam semua tutup, Dr M berseloroh gaji penjawat awam RM1,800 – Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara berseloroh berkata semua kedai tomyam akan tutup susulan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan gaji minimum RM1,800 kepada penjawat awam.

“Tidak apa, kita bayar. Habis kedai tomyam semua tutup, tidak boleh bayar gaji,” katanya ringkas ketika ditemui di Persidangan Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sebelum ini, Presiden baru Cuepacs, Adnan Mat berkata walaupun cadangan itu pernah dibangkitkan kepada Mahathir sebelum ini, namun beliau sendiri akan memastikan pelaksanaan gaji minimum penjawat awam itu dapat direalisasikan menjelang 2022.

Katanya, Cuepacs mencadangkan jumlah tersebut kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.



“Ini kerana kajian Cuepacs menunjukkan keperluan seorang rakyat perlukan wang minimum RM2,600. Begitu juga kajian Bank Negara sebanyak RM2,700 manakala kajian oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM2,680.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker