Zionis lancar lebih 1,000 serangan fosforus putih di Gaza – Euro-Med

Zionis lancar lebih 1,000 serangan fosforus putih di Gaza – Euro-Med

Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med), mengesahkan tentera rejim Israel melancarkan lebih 1,000 serangan artileri mengandungi fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa sejak tercetusnya perang berdarah di Semenanjung Gaza, 7 Oktober lalu.

Menurut Euro-Med, pihaknya berjaya mendokumentasikan penggunaan fosforus putih iaitu bahan bakar yang boleh menyebabkan penderitaan seumur hidup, secara sewenang-wenangnya oleh tentera Israel, di kawasan berkepadatan tinggi di Gaza City dan utara Semenanjung.

Euro-Med turut memberi amaran penggunaan fosforus putih adalah dilarang oleh undang-undang antarabangsa dan tidak boleh disasarkan kepada atau berdekatan dengan kawasan kediaman mempunyai penduduk atau infrastruktur awam.

Sehubungan itu, organisasi terbabit menggesa penubuhan jawatankuasa penyiasatan antarabangsa bebas terhadap penggunaan senjata larangan oleh Israel terhadap orang awam di Gaza.

“Semua pelaku perlu bertanggungjawab termasuk mereka yang memberi arahan, merancang dan melakukan serangan,” katanya melalui kenyataan.

Kumpulan hak asasi manusia itu berpendapat bahan terbabit digunakan rejim Zionis sebagai senjata tambahan untuk meningkatkan pembunuhan secara beramai-ramai dan pindahan secara paksa.

Rabu lalu, Euro-Med mendedahkan mereka menerima testomoni bahawa kira-kira 300 serangan bahan fosforus putih dilancarkan Israel ke dataran kediaman yang penuh sesak di bandar Beit Lahia di utara Gaza dalam masa kurang 40 minit.

Terdahulu, laporan mengenai pelbagai bekas fosforus putih direkodkan di kawasan sesak di kejiranan Sheikh Radwan di bandar Gaza, malah serangan serupa juga dilaporkan di kem pelarian Al-Shati, barat Gaza, serta kem Jabalia di utara Semenanjung.

Menurut Euro-Med, penduduk Palestin di kawasan terbabit serangan bahan itu mengakui mengalami masalah pernafasan yang teruk selepas terhidu fosforus putih.

“Mereka menyatakan terdapat bau sangat kuat dan halangan yang ketara pada penglihatan kerana asap putih tebal. Orang yang terdedah kepada fosforus putih boleh mengalami masalah pernafasan, kegagalan organ, dan kecederaan serius lain termasuk melecur teruk.

“Peningkatan penggunaan fosforus putih dan bom asap oleh Israel yang menyasarkan kawasan kediaman sesak adalah sebahagian daripada dasar pemindahan paksa dan pembersihan etnik, sehingga memaksa separuh daripada penduduk Gaza meninggalkan rumah, tempat perlindungan dan hospital sebelum berpindah ke selatan Lembah Gaza,” katanya.

Menurut Euro-Med, organisasi yang berpangkalan di Geneva itu menegaskan bahawa Israel terus melanggar prinsip perimbangan dan diskriminasi dengan menyasarkan secara langsung nyawa dan kesihatan orang awam.

Selain itu katanya, Israel turut menggunakan senjata yang dilarang di peringkat antarabangsa, iaitu suatu pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan peraturan perang.

“Israel menggunakan bom letupan dengan kesan pemusnahan besar di kawasan berpenduduk padat. Penggunaan bom ini mewakili ancaman paling serius kepada orang awam dalam konflik bersenjata.

“Ia menjelaskan kesan korban dahsyat dan kemusnahan yang meluas di Semenanjung Gaza, termasuk mengosongkan sepenuhnya kawasan kejiranan kediaman di sana,” katanya. BH

Zionis lancar lebih 1,000 serangan fosforus putih di Gaza – Euro-Med

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker