Azmin dan sekutu tak hadir hari terakhir Kongres PKR

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada hari terakhir Kongres Nasional parti di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) hari ini.

Selain Azmin, Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR, Haniza Talha dan timbalannya, Dr Daroyah Alwi, Timbalan Ketua Pemuda, Hilman Idham, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, Ketua PKR Selangor, Amirudin Shaari dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mohd Rashid Hasnon, Sivarasa Rasiah, Saifuddin Abdullah serta Kamaruddin Jaafar juga tidak kelihatan.

Daripada kalangan pemimpin yang meninggalkan dewan ketika kongres berlangsung semalam, hanya Naib Presiden PKR, Tian Chua yang kelihatan di kongres hari ini.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim tiba di dewan separuh kosong sejurus selepas 9 pagi tadi.

ADVERTISING

inRead invented by Teads

Tetapi, lebih ramai perwakilan tiba kemudian dan seorang pegawai parti berkata, kongres hari ini mempunyai kuorum 1/3 perwakilan.

Semalam, Azmin dan sekutunya mendakwa Anwar gagal memenuhi janji bagi memastikan komposisi pembahas mewakili semua pihak, tidak menyindir dan melakukan serangan peribadi.

Katanya, tindakan Anwar memulakan ucapan dasarnya dengan mengupas kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar membuka laluan kepada pembahas untuk melakukan serangan peribadi dan memecahkan perpaduan dalam parti, tetapi Anwar menafikan kisah itu menyasarkan mana-mana pihak.

Azmin, 3 naib presiden dan Haniza dijadual menyampaikan ucapan penggulungan hari ini.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker