Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik

Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik

Kajian awal saintis Afrika Selatan diterbitkan pada Khamis menunjukkan varian Omicron tiga kali lebih berkemungkinan menyebabkan jangkitan semula berbanding strain Delta atau Beta.

Penemuan itu berdasarkan data dikumpul sistem kesihatan negara, memberi bukti epidemiologi pertama mengenai keupayaan Omicron mengelak imuniti daripada jangkitan terdahulu.



Hasil kajian itu dimuat naik di pelayan pracetak perubatan dan belum disemak melalu kajian semula.

Terdapat 35,670 kes disyaki jangkitan semula dalam kalangan 2.8 juta individu dengan ujian positif sehingga 27 November lalu.

Kes dianggap jangkitan semula jika mereka diuji positif selang 90 hari.

Pengarah Pusat Kecemerlangan DSI-NRF Afrika Selatan dalam Pemodelan dan Analisis Epidemiologi, Juliet Pulliam, dalam ciapannya di Twitter berkata jangkitan semula baru-baru ini berlaku dalam kalangan individu yang jangkitan primer berlaku di ketiga-tiga gelombang dengan kebanyakannya mempunyai jangkitan utama dalam gelombang Delta.



Bagaimanapun Pulliam berkata penyelidik tidak mempunyai maklumat mengenai status vaksinasi individu dan tidak dapat menilai sejauh mana Omicron mengelak imuniti disebabkan vaksin.

“Data juga diperlukan segera mengenai tahap serius penyakit berkaitan jangkitan Omicron, termasuk individu mempunyai sejarah jangkitan terdahulu,” katanya.

Terdahulu, saintis terkemuka Afrika Selatan yang juga pakar di Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Anne von Gottberg, meramalkan lonjakan kes tetapi menjelaskan pihak berkuasa menjangkakan vaksin masih berkesan.

“Kami percaya jumlah kes akan meningkat secara eksponen di semua wilayah negara,” katanya pada sidang media bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) rantau Afrika .



“Kami percaya vaksin masih akan melindungi daripada penyakit teruk. Vaksin sentiasa berusaha bagi melindungi penyakit serius, kemasukan ke hospital dan kematian.”

Pakar WHO, Ambrose Talisuna, mengulangi gesaan untuk memikirkan semula larangan perjalanan terhadap negara selatan Afrika memandangkan Omicron kini dilaporkan di puluhan negara dan sumbernya masih tidak jelas.

“Afrika Selatan dan Botswana mengesan varian ini. Kami tidak tahu dari mana asal usul ini. Tidak adil untuk menghukum pihak yang hanya mengesan atau melaporkan,” katanya.

Pada pertengahan November lalu, Afrika Selatan melaporkan kira-kira 300 kes harian, selain melaporkan 8,561 kes baharu, kelmarin, meningkat daripada 4,373 kes, sehari sebelumnya, dan 2,273, Isnin lalu. BH



Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)



‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker