Eyka Farhana buat Akhyar Rashid tersipu malu

Eyka Farhana buat Akhyar Rashid tersipu malu

Pelakon Eyka Farhana, 28, menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya yang juga pemain bola Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid.

Tidak lagi berselindung mengenai hubungan cinta mereka, Eyka turut memuat naik video pendek dengan kapsyen meluahkan rasa cinta terhadap kekasih hatinya itu.



Malah, video berkenaan turut memperlihatkan cinta hatinya dalam keadaan tersipu malu ketika menyanyikan lagu selamat hari jadi di sebuah kedai makan.

“Malu-malu kucing pula dia. Selamat ulang tahun kelahiran kepada cinta hatiku. Kita raikan hari jadi ini lebih awal sedikit berbanding tarikh sebenar.

“Untuk pengetahuan awak, saya sangat menyayangi dan mencintai awak dengan sepenuh hati,” tulis Eyka.

Selain itu, Eyka juga ada membuat kejutan istimewa dengan menyambut ulang tahun kelahiran Akhyar bersama keluarga mereka.



Pasangan yang dilamun cinta itu kelihatan memakai pakaian sedondon berwarna hitam.

Terdahulu, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu peminat apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, sekitar tiga tahun lalu.

Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan. HM

Eyka Farhana buat Akhyar Rashid tersipu malu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker