AHLI PARLIMEN DAP LABIS INGAT RAKYAT BODOH?

Share

Mengulangi modus operandi biasa DAP bila membuat salah, Ahli Parlimen DAP Labis hari ini:

(1) Menyalahkan lawan (UMNO) kerana “memutar belit”

(2) Memuji rakan (Speaker DUN Johor) kerana membantu

(3) Meletakkan diri sebagai mangsa (rekaan berita palsu)

(4) Mendakwa berniat baik membangkitkan isu plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’

(5) Tidak memohon maaf tetapi sekadar menyatakan rasa kesal

Apa Ahli Parlimen DAP Labis ini ingat rakyat bodohkah: Kalau betul anda berniat baik membangkitkan isu plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’ itu, mengapa pula anda tidak boleh jelaskan apakah ‘niat baik’ anda itu?

Plat ‘TMJ, RZ’: MP kesal jika soalan guris perasaan keluarga diraja Johor

Pang Hock Liong
7:04 malam

Tindakan Umno memutar belit soalan lisan saya di Parlimen berkenaan dua nombor pendafataran kenderaan pada 1 Julai lalu, secara penuh muslihat sehingga menjadi isu perkauman dan seolah-olah wujud ‘peperangan’ dengan Istana Johor, adalah amat dikesali.

Sejak Umno kalah teruk pada PRU ke-14, parti itu secara berterusan dan tanpa segan silu menampakkan rupa buruknya dengan siri perang psikologi secara sistematik terhadap DAP dan pemimpin-pemimpinnya, dengan apa jua cara.

Terbaru adalah cubaan membawa usul tergempar ke sidang DUN Johor berkenaan soalan saya. Tujuan Umno mengemukakan usul itu tidak lain untuk mewujudkan permusuhan antara saya dan istana Johor.

Usul tersebut adalah serangan tersirat terhadap saya secara peribadi, dan DAP secara umum. Umno cuba menjadikan keluarga diraja Johor ‘collateral damage’ untuk mengukuhkan tapak sokongannya yang semakin merudum, dan mengalihkan perhatian orang ramai daripada perbicaraan rasuah pemimpin-pemimpinnya di mahkamah.

Saya justeru amat berharap agar keluarga diraja Johor tidak terjerumus ke dalam perangkap licik yang dipasang oleh Umno ini. Usul tersebut hanyalah jerangkap samar untuk tujuan tersembunyi mereka.

Saya memuji dan berterima kasih kepada Speaker DUN Johor yang tegas menolak usul perangkap ini, yang dibuat dengan sentimen perkauman.

Malangnya setelah gagal mengemukakan usul ini, tentera siber Umno tidak membuang masa dan segera melancarkan serangan berita palsu melalui laman Facebook mereka, Segamat Today, dengan mendakwa saya telah membuat kenyataan kononnya mendesak keluarga diraja Johor untuk tidak menggunakan nombor plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’.

Untuk rekod, saya tidak pernah berkata demikian. Saya akan membuat laporan polis berkenaan berita palsu yang sengaja direka dan saya menggesa pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk mengambil tindakan segera bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Insiden terbaru ini mengesahkan lagi akibat buruk yang menanti seorang anggota parlimen apabila sesuatu isu dibangkitkan di Parlimen, tidak kiralah betapa baik pun niat untuk membangkitkan isu itu.

Ia dengan mudah diputar belit sehingga menjadi kontroversi dengan akibat-akibat yang serius, oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak mempunyai sebarang prasangka buruk terhadap keluarga diraja Johor. Hal sedemikian tidak akan pernah terlintas di fikiran saya, dan saya amat kesal jika soalan tersebut telah mengguris perasaan keluarga diraja Johor. Saya tidak berniat untuk berbuat demikian.

PANG HOCK LIONG ialah anggota parlimen Labis.

Dr. Kamarul Yusoff

(Visited 29 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!