Najib Tak Pernah Suruh “Raykat” Ikat Perut Kan?

Kita semua tahu segala macam “huru hara” berlaku sejak pentadbiran baru mengambil alih.  Dari kenyataan anggota pentadbiran yang bercanggahnya, kelakarnya, tak sepatutnya dan seperti itu, sehingga kemuncak untuk semuanya ialah apa yang berlaku baru-baru ini bila rakyat diminta mengikat perut pulak.

Macam nak meletus urat kentut pun ada mendengarnya.

Dulu kita diberitahu kalau Datuk Seri Najib Tun Razak turun saja, segala macam akan menjadi baik.  Ekonomi akan baik, matawang akan naik, harga barang akan murah, minyak RM1.50/liter, tol hapus, pinjaman Pendidikan mansuh/tangguh dan sebagainya

Tak satu pun dari yang disebutkan di atas, berlaku sekarang. Sebaliknya, rakyat pulak nak kena ikat perut.



Yang dikekalkan, hanya ditukar nama seperti BR1M pun, dilihat lebih banyak menyusahkan rakyat daripada memudahkan.  Ada rungutan yang saya dengar, “mana nak cari sijil cerai yang dah berpuluh tahun dulu berlakunya, hanya untuk dapat RM 300?”.

Tolonglah berhenti bagi alasan hutang ni.  Sebab, rekod rasmi yang dikeluarkan Bank pusat sendiri tak mengatakan pun hutang ditinggalkan Najib adalah sebanyak mana yang selalu disebut. Kita lihat, hutang negara pun bukan bertambah mengurang, bertambah lagi ada, termasuk dengan kemunculan Bon “Ninja” – hutanglah tu.

Lagipun ini perbelanjaan negara yang kita katakan, mana boleh sorok-sorok, semuanya dibentang dan dibahas di parlimen.  Jadi tak logik kalau ada yang kata tak tahu hutang negara sekian banyak selepas gagal menunaikan janji apabila menang.

Apatah lagi bila Bank pusat pun tak sokong jumlah hutang yang dikatakan tu.



Ini semua buat rakyat bertambah rindu dengan zaman Najib, tak hairan sekarang, kemana pun beliau pergi, walaupun hanya untuk membeli barang keperluan dapur, sambutannya mengalahkan superstar dunia datang melawat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker