Isu Bangunan di Hong Kong dan Terowong Pulau Pinang : Ini Jawapan Najib

Biar Rakyat dan “Raykat” mempertimbangkan:

A) ISU BANGUNAN HONG KONG:
1. Mereka dakwa kerajaan BN yang mula-mula putus mahu jual dengan harga RM1.1 bilion.

2. Belum jual lagi.

3. Tiada siasatan SPRM ataupun dakwaan salah-laku ke atas projek ini.

4. PH sendiri mengaku mereka telah lulus untuk jual bangunan itu baru-baru ini.

B) ISU TEROWONG
1. Siasatan ke atas pelbagai salah-laku untuk projek ini telah dijalankan sejak awal tahun 2018 sehingga 6 kertas siasatan telah siap di mana sekurang-kurangnya 3 kertas sudah ada di pihak AGC sejak satu tahun dahulu.

2. Sebahagian dari kertas-kertas siasatan sulit SPRM telah terbongkar dan tersebar luas. Ini pun satu isu yang serius.

3. Pengakuan dari pemilik syarikat konsesi tender dakwa pernah membayar wang rasuah serta berjanji untuk memberi kepentingan 10% untuk projek terowong bernilai RM6.3 bilion itu kepada seorang pemimpin kanan DAP.

4. Pengakuan dari pemilik syarikat konsesi terowong dakwa pemimpin kanan DAP telah berjanji untuk menganugerahkan projek itu dan memastikan mereka akan menang projek itu SEBELUM tender berbentuk Request for Proposal (RFP) dibuka.

5. Pengakuan dari pemilik syarikat konsesi terowong dakwa mereka telah membayar wang rasuah RM22 juta untuk cubaan untuk menutup siasatan kes terowong.

Yang di atas susah untuk faham ke?

Beberapa ahli parlimen PAS dan UMNO telah tanya berulang-kali termasuk dalam Parlimen tetapi PH masih tak mahu jawab.

PH dan DAP tak payah jawab ke jika dokumen-dokumen SPRM terbongkar itu sahih atau tidak?

PH dan DAP tak payah jawab ke mengapa kertas-kertas siasatan lengkap masih ada di AGC sejak satu tahun dahulu tetapi tidak ada sebarang keputusan untuk mendakwa atau menutup kes pernah dibuat?

Rakyat tak mahu Kerajaan PH berlaku telus dan adil ke?

Hari ini, wartawan-wartawan meminta saya jawab tuduhan Guan Eng bahawa kerajaan BN yang mula-mula cuba jual bangunan di Hong Kong milik kerajaan walaupun ianya kerajaan PH yang telah memutuskan untuk menjualnya baru-baru ini.

Saya beritahu wartawan bahawa saya tidak ada masalah untuk meminta bekas Menteri Luar Negara untuk menjawab isu ini.

TETAPI, saya minta wartawan untuk bertanya soalan yang sangat mudah ini kepada kerajaan PH terlebih dahulu – terutama dari pihak SPRM, pihak polis ataupun dari Kementerian Dalam Negeri.

Sebenarnya, wartawan tidak perlu tanya Guan Eng kerana dia tidak akan menjawab ataupun akan cuba berbohong lagi.

BN dan PAS pernah tanya berulang-kali termasuk di dalam parlimen tanpa mendapat sebarang jawapan dari kerajaan PH.

Adakah kertas siasatan terperinci SPRM termasuk pengakuan pemilik syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang yang telah dibocorkan beberapa minggu lalu dan telah disebar dengan meluas, sahih atau tidak?

Pihak SPRM telah membuat laporan polis ke atas isu ini tetapi apa yang tidak dijelaskan dan tidak dijawab oleh kerajaan PH ialah jika laporan polis ini untuk menyiasat berlakunya kebocoran kertas siasatan SPRM atau kertas siasatan itu adalah hasil pemalsuan.

Dokumen-dokumen yang didakwa kertas siasatan SPRM adalah sangat terperinci dan memperincikan pemberian rasuah serta pemberian kepentingan 10% dalam projek mega berbilion Ringgit tersebut yang melibatkan beberapa pemimpin kanan DAP.

Kertas siasatan itu juga termasuk kenyataan dan pengakuan dari pemilik syarikat konsesi terowong yang telah dirakamkan dalam format video oleh pihak SPRM.

Kerajaan PH juga perlu menjawab mengapa pejabat Peguam Negara (AGC) masih tidak mengambil sebarang tindakan walaupun sekurang-kurangnya 3 dari 6 kertas siasatan terhadap projek Terowong ini sudah di hantar kepada mereka sejak awal tahun lepas untuk tindakan lanjut seperti dijelaskan oleh kenyataan SPRM bertarikh 4 Mac 2019 lalu.

Ini soalan-soalan amat mudah untuk wartawan tanya dan kerajaan PH menjawab.

Kertas siasatan terbocor itu sahih atau tidak?

Apakah terkandung dalam laporan polis yang dibuat oleh SPRM tentang dokumen terowong terbocor pada awal bulan ini?

Mengapa masih belum dakwa atau tutup kes terowong walaupun kertas siasatan sudah di AGC selama 1 tahun?

Mana adil bahawa kita selalu perlu untuk jawab tapi PH sebagai kerajaan tak perlu untuk jawab?

NAJIB RAZAK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker