Pernah disingkirkan, ‘move on’ Muhyiddin

Muhyiddin masih perlu belajar daripada karakter Najib Razak. Muhyiddin sekarang adalah Perdana Menteri. Maka apa yang perlu dibuat adalah move on daripada kisah lama dan bukannya mencanangkan kisah beliau disingkir daripada kerajaan dahulu.

Kita pun tahu puncanya kerana coup de tat dan bukannya kerana mempertahankan kebenaran. Benda ini ada disebut dalam mahkamah.

Ramai yang tidak tahu bahawa ketika permulaan usaha pembentukan kerajaan baru 6 bulan lalu, terdapat pertembungan pendapat antara Najib dan Hj Hadi.

Ketika itulah kedua negarawan ini berhujah. Hj Hadi berpegang bahawa Muafakat Nasional perlu menyertai kerajaan atas sebab ia adalah langkah paling segera membetulkan negara.

Najib berpandangan bahawa pilihanraya adalah jalan paling baik kerana kerajaan yang wujud akan lebih stabil mengambilkira sokongan kepada Muafakat Nasional yang berada dalam momentum tinggi ketika itu.

Tetapi hujah Hj Hadi kelihatan lebih mudah diterima atas faktor kelebihan kerajaan ketika menghadapi PRU. Ketika itulah, Najib telah meminta izin kepada Ahmad Zahid untuk pulang ke rumah.

Jiwanya berat. Hatinya penuh kecewa. Menyokong dan mengangkat Muhyiddin sebagai PM adalah seolah menabur garam ke atas luka yang terbelah ketika keduanya berganding sebagai pemimpin tertinggi negara

Tetapi ini keputusan jemaah. Ahmad Zahid telah membuat keputusan dengan restu Majlis Tertinggi. Jika UMNO perlu menjadi kerajaan semula, maka UMNO mesti masuk secara en bloc. Bukan sendiri-sendiri.

Ketika itulah tandatangannya diturunkan. Baginya, keputusan jemaah lebih agung daripada perasaan peribadi.

Jika Najib ketika itu berkeras – dan dia berhak berkeras, percayalah bahawa kerajaan hari ini tidak akan wujud. Akan ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang akan turut menolak sama.

Tengok sahajalah ketika beliau dihukum bersalah di Mahkamah Tinggi, berapa kerat YB UMNO yang masih tinggal di Dewan Rakyat bagi mempertahankan kerajaan? Hampir semuanya turun ke mahkamah bersolidariti kepada bekas boss mereka.

Ini bukan ketaatan buta. Kerana Najib sudah tidak ada apa-apa. Ini lahir dari rasa hormat kepada seorang ketua.

Muhyiddin perlu muhasabah. Ya beliau jatuh kerana Najib. Dan hari ini beliau naik semula juga kerana Najib.

Move on Muhyiddin!. Buktikan prinsip tuan melalui perbuatan dan bukannya kata-kata. Ini peluang tuan menjadi lagenda – bukannya melalui ungkitan sejarah lama.

Sebab jika saya mahu berlaku jujur, saya masih akan kata tuan adalah Perdana Menteri yang baik.

But not as half as good as our former Premier.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker