Sekali, Mungkin Baru, Berkali-Kali? Itu Haru Biru

Status mengenai ECRL yang menjadi isu baru-baru ini, bukanlah kenyataan bercanggah pertama yang dikesan dilakukan oleh anggota pentadbiran regim Malaysia Baru.

Dah beberapa kali.

Kasut hitam, peneroka Felda, isu pertahanan, pembantu guru, bantuan nelayan dan pelbagai lagi, sekadar menyebut yang besar-besar saja dulu. Sorang cakap lain, sorang lagi cakap yang lain juga, ini apa kesnya?

Ada benda (isu) kecil, ada benda (isu) besar tapi pokok pangkalnya, berteraburlah senang kata.



Kalau sekali dua, mungkin rakyat boleh faham ini pentadbiran baru – sekalipun boleh juga dipertikaikan kerana ada di antara mereka, dah jadi anggota pentadbiran selama berpuluh tahun dalam kerajaan BN sebelum ini, takkan tak boleh nak share pengalaman kot.

Tapi kalau dah berkali-kali percanggahan serupa sesama mereka berulang (dalam isu yang berlainan), itu bukan sebab baru, itu lebih kepada celaru.

Yang bercanggah ni menyentuh soal-soal penting yang berkaitan rakyat dan dasar negara pulak tu, mana boleh ada alasan masih baru, apatah lagi celaru?

Ingat main pondok-pondok ke?



Eh, dah lebih 9 bulan dah ooi.  Kalau baby baru lahir tu, dah boleh berlari dah, baru apa bendanya?  Rakyat, sila ambil maklum.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker