Ketua Eksekutif PTPTN diarah bersara awal?

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus-menerus terpalit dengan kontroversi sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah dengan terbaharu Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff dikatakan dipaksa bersara awal.

Semalam merupakan hari terakhir Wan Ahmad di PTPTN, meskipun mengikut kontrak beliau sepatutnya bersara pada Ogos nanti, tetapi dikatakan diarah berbuat demikian tujuh bulan lebih awal.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, sudah ada calon tunggal yang bakal menggantikan Wan Ahmad dan individu tersebut dikatakan rapat dengan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

Calon pengganti itu juga difahamkan pernah terlibat dalam satu penyelidikan dalaman PTPTN selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sebelum PRU-14, PTPTN dijadikan ‘modal’ politik oleh PH, kononnya akan dimansuhkan, selain turut berjanji mengecualikan pinjaman untuk peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan dari membayarnya.

Namun, selepas memenangi pilihan raya, bukan sahaja janji tersebut tidak ditunai, bahkan, Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2019, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan pemotongan gaji ke atas peminjam berpendapatan RM1,000 ke atas. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker