PRK Cameron Highland – Ramai Puji Cara Pemilihan Calon

Kalau nak dikatakan pemilihan calon BN dalam PRK Cameron Highland yang akan datang sebagai antara terbaik yang pernah dilakukan pasca PRU14 yang lepas, saya akan bersetuju.

Bukan kata pemilihan calon-calon yang sebelum ini tidak baik tapi dari sudut menepati kehendak pengundi dan bertepatan dengan suasana semasa dalam negara kita, pemilihan ACP (bersara) Ramli Bin Mohd Noor inilah yang terbaik sekali.

Saya taknak ulas banyak tentang apa yang dikatakan “bertepatan dengan suasana semasa dalam negara” itu tapi boleh rujuk kepada kenyataan dari MIC tentang kenapa mereka tidak meletakkan calon untuk mempertahankan kerusi tradisi mereka ini dan buat penilaian sendiri.

Yang lebih menarik perhatian sekarang ialah keberanian BN mengetengahkan calon yang bukan sahaja tidak ada latar belakang politik, malah dari pembacaan latar belakang beliau secara am, boleh diterima oleh pengundi terutama dari kalangan orang asli dan orang Melayu, selain pengalaman professional dan pendidikan yang berwibawa.



Ini pada saya satu revolusi dan perubahan yang dituntut untuk dilakukan BN pasca PRU14.

Rakyat memerlukan calon yang seperti ini untuk memperjuangkan nasib mereka di dewan rakyat. Dengan banyak janji yang tidak dilaksanakan sekarang ini, sangat penting untuk seorang ahli parlimen dengan “berperwatakan rakyat” yang seperti ini dibawa masuk.

Dalam masa yang sama, saya ucap tahniah kepada Datuk Sri Mohamad Hassan yang menjalankan tugas Presiden UMNO dan Pengerusi BN atas pembaharuan yang dibuat dalam pilihanraya kecil kali ini. Semoga perkara ini berterusan dalam pilihanraya-pilihanraya yang seterusnya.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker