Putera William sudah peluk Islam? (Video)

Putera William sudah peluk Islam? (Video)

Berita mengenai Putera William sudah pun memeluk Islam telah menyebabkan media sosial meletus dengan pelbagai spekulasi dan kejutan.

Maklumat tentang bakal Raja England memeluk Islam ini disebarkan oleh akaun TikTok british_daily.



Dalam video yang telah ditonton lebih 1 juta pengguna itu, Putera William dan isterinya, Kate Middleton kelihatan mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang melibatkan pemimpin agama Islam.

“Putera William didakwa beragama Islam,” demikian narasi unggahan video tersebut.

Dalam video tersebut, Putera William juga dilihat melakukan pertemuan secara Zoom bersama beberapa orang. Dia pun bertanya khabar dalam bahasa Arab, “Assalamualaikum”.

Kemudian, Putera William turut melawat masjid dan masyarakat Islam dan beberapa kali mengambil bahagian dalam aktiviti yang melibatkan pemimpin agama Islam.



Dakwaan bahawa Putera William telah memeluk Islam menjadi topik perbincangan akhbar British dan menjadi topik perbincangan hangat di media sosial.

Bagaimanapun, Istana Buckingham tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi untuk menafikan atau mengesahkan dakwaan tersebut.

Sebelum ini Putera William berpendirian tegas mahu menamatkan konflik antara Israel dan Hamas, kini ditambah pula dengan laporan mengenai lawatannya ke masjid dan masyarakat Islam telah menambahkan lagi spekulasi mengenai agamanya.

Bagaimanapun, kebanyakan tumpuan orang ramai tertumpu kepada kesan politik dan reputasi putera raja dan keluarga diraja British jika benar beliau sudah memeluk Islam. Vc



Putera William sudah peluk Islam? (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker