Rotan syariah: Kritikan KJ pandangan peribadi, kata Ismail Sabri

Kritikan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin terhadap pelaksaan hukuman sebat depan khalayak ke atas pesalah syariah di Terengganu baru-baru ini hanyalah pandangan peribadi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kenyataan Khairy itu tidak sesekali mewakili keseluruhan parti memandangkan ia dibuat tanpa membabitkan keputusan Majlis Tertinggi parti itu.

“Kalau pandangan parti mesti diputuskan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi atau sekurang-kurangnya mesyuarat pengurusan Umno.

“Jadi sesiapa yang beri pandangan selain daripada keputusan daripada Majlis Tertinggi dan juga pengurusan Umno, adalah pandangan peribadi,” katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan PAS berhubung pilihan raya kecil Seri Setia di ibu pejabat PAS Selangor hari ini.



Terdahulu Ismail diminta mengulas mengenai kritikan Khairy terhadap hukuman tersebut yang menganggap masalah LGBT boleh diselesaikan dengan menggunakan cara lain.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker