PRK Sungai Kandis: Ahli Pas sila undi BN jangan lari – Nik Mohamad Abduh

Pas mendorong ahli dan penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Sabtu ini.

Sila undi dan jangan lari nasihat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada ahli Pas dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, PRK Sungai Kandis adalah permulaan memahami politik Islam Pas yang lebih segar pasca Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut beliau, dinamika siyasah syariah menuntut kekuatan minda dan diri untuk terus melonjak ke atas. Justeru ahli Pas diajak memahaminya tanpa hambatan kebencian dan dendam yang melanggar atau melangkaui matlamat perjuangan Islam.

“Yakini bahawa pemimpin Pas telah diikat dengan disiplin ilmu dan akhlak jamie yang tinggi. Mereka tidak akan bergerak secara bersama ke depan kecuali ‘lampu hijau kejelasan’ telah nyata lebih awal di sisi mereka.

“PAS mendorong ahli dan penyokongnya mengundi BN di PRK Sungai Kandis. Sila undi dan jangan lari,” kata Nik Mohamad Abduh.

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni (PKR) dan K. Murthy (Bebas).-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.