Jangan salahkan Agong, kerajaan PH perlu bersikap sensitif

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata, walaupun ramai pendokong dasar pentadbiran kerajaan hari ini berfikiran liberal namun mereka perlu adil kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Malaysia masih lagi terikat dengan tatasusila Perlembagaan.


Oleh itu beliau meminta pendokong kerajaan PH sekarang ini supaya tidak menyalahkan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya kerajaan PH perlu lebih sensitif.

“Tommy yang terkenal dengan kes pembelaan Chin Peng, seorang komunis yang dibela oleh beliau melalui buku beliau sebagai pejuang kemerdekaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Razlan, ada banyak lagi sebab kenapa Tommy tidak sepatutnya dicadangkan untuk jawatan Peguam Negara, namun Kerajaan memgambil risiko ini hanya kerana sengaja mahu mewujudkan polimik dalam negara demi mewujudkan sebuah negara liberal.


“Saya nasihatkan kerajaan untuk terus berpegang kepada prisip negara yang berpegang kepada Raja Perlembagaan, dan pilihlah Peguam Negara yang adil dan saksama untuk menasihat Kerajaan, bukannya seorang boleh di khuatiri peganganya terhadap perlembagaan dan kemungkinan akan membawa bahana terhadap keputusan kerajaan sekira pertembungan diantara isu agama,” katanya.

Utusan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.