Kerajaan langgar manifesto lagi – PM sendiri melantik anggota Suhakam

Kerajaan langgar manifesto lagi! – Bersih 2.0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meluahkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelantikan lapan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang didakwa bertentangan dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Bersih 2.0 dalam kenyataan menegaskan tindakan Perdana Menteri melantik anggota Suhakam tanpa melibatkan Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam untuk saringan terlebih dahulu mengetepikan semangat dalam PH.

Walaupun masih mengikut ketetapan undang-undang namun janji manifesto PH iaitu dalam janji 26 secara jelas menyatakan pelantikan Pesuruhjaya Suhakam akan dibuat melalui jawatankuasa khas Parlimen.



“Jawatankuasa Khas Parlimen Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam telah pun dibentuk sejak Disember 2018 dan adalah menjadi perkata utama memberi laluan kepada jawatankuasa tersebut memilih calon berpotensi walaupun proses itu tidak terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

“Proses tersebut bukan sahaja menunjukkan komitmen Perdana Menteri kepada janji-janji manifesto bahkan juga menunjukkan rasa hormat kepada peranan Parlimen sebagai badan semak imbang yang berkesan kepada pihak eksekutif terutamanya Pejabat Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam mengumumkan pelantikan Tan Sri Othman Hashim sebagai Pengerusi Suhakam yang baharu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

Selain itu, kenyataan sama turut memaklumkan pelantikan tujuh lagi anggota Suhakam yang baharu. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker