UMNO Lawan Di Mahkamah, Kita Tidak Bacul Sebagaimana PH – Armand Azha

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memburukkan UMNO kononnya sebagai penerima duit 1MDB, akan dilawan melalui saluran undang-undang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah kerajaan PH menyenaraikan UMNO sebagai satu daripada 41 penerima duit 1MDB di bawah kes sivil, adalah pendakwaan kes terpilih bertujuan menanam rasa benci rakyat terhadap parti siasah terbesar orang Melayu, walaupun kerajaan sebenarnya sedar kes sebenar 1MDB belum bermula.

“Ironisnya, SPRM malah kerajaan PH sendiri seakan tidak menghormati keterangan saksi pendakwa sendiri dalam perbicaraan kes Datuk Seri Mohd Najib Razak di mahkamah sebelum ini, yang mengakui duit di dalam akaun Datuk Seri Najib di AmBank, yang disalur kepada akaun UMNO, datangnya dari Arab Saudi.

“Apalah yang boleh rakyat atau orang awam harapkan dari segi sistem keadilan undang-undang di bawah kerajaan PH jika kenyataan saksi mereka sendiri di dalam mahkamah tidak dihormati?” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Soal beliau, adakah PH berpegang kepada undang undang hanya jika ia menguntungkan mereka, tetapi bertindak sebaliknya sekiranya ia merugikan mereka?

“Pendakwaan selektif sebegini sebenarnya lebih kepada mahu menjejaskan nama UMNO.

“Ada banyak kes lain yang melibatkan ramai pemimpin besar parti Dap, PKR dan PAN tetapi kenapakah ia disenyapkan sebegitu sahaja oleh kerajaan, khususnya SPRM?”

Tegas beliau, UMNO akan melawan tuduhan sivil SPRM ini di mahkamah, bukannya bacul seperti sesetengah pemimpin dalam PH yang takut dibicarakan apabila disiasat berkaitan kes-kes profil tinggi seperti video seks, terowong mahupun rasuah. – MediaUMNO

Umno Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker