Prof Agus bangga sokong Anwar jadi PM

Bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Mohammad Agus Yusoff hari ini mempertahankan penglibatannya dengan sekumpulan profesor Melayu yang secara terbuka menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

“Saya berasa bangga menjadi antara 70 profesor Melayu yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-10 kerana kita mahu melihat perubahan dalam negara ini.

“Ini adalah sebahagian daripada sejarah kerana ini kali pertama (ahli akademik) tampil menyatakan pendirian,” katanya kepada Malaysiakini.

Kepakaran Agus ialah dalam sains politik dan sejarah.

Agus adalah antara 70 ahli akademik Melayu yang tersenarai dalam dokumen “Deklarasi Profesor Melayu G70” semalam.

Malaysiakini kini sedang cuba mengesahkan sama ada individu lain yang tersenarai memang menyokong deklarasi itu.

Deklarasi itu menyatakan bahawa selepas memberi pertimbangan sewajarnya, mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri kerana menurut mereka presiden PKR itu adalah satu-satunya yang mempunyai pengalaman, kredibiliti dan integriti untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan keperluan Islam sebagai agama persekutuan.

Mereka juga menyifatkan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dipimpin Anwar, adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan menjaga kepentingan umat Islam, Melayu dan bumiputera.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan dakwaan bahawa kenyataan 70 ahli akademik itu tidak menggambarkan pendirian tenaga pengajar kementerian itu.

Kementerian itu berkata ia menghormati kebebasan bersuara dalam kalangan individu dan kakitangan akademik, namun mengingatkan bahawa penjawat awam masih perlu mematuhi peraturan dan undang-undang.

Secara berasingan, Majlis Profesor Negara (MPN) mengeluarkan kenyataan mengecam ahli akademik yang telah bersara yang masih menggunakangelaran “profesor” dalam deklarasi itu.

Dalam satu kenyataan, MPN berkata ahli akademik yang telah bersara tidak dibenarkan menggunakan gelaran “profesor” melainkan mereka dilantik sebagai “professor emeritus”.

Perkara itu telah dijawab alam epilog deklarasi G70. Kumpulan itu berkata menghalang penggunaan istilah “profesor” oleh pesara adalah perkara birokrasi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker