Beg pelancong berisi wang RM6 ribu ringgit dirembat monyet

BANGKOK – Seekor monyet melempar beg seorang pelancong yang mengandungi wang tunai berjumlah 50,000 baht (RM6,370) dari sebuah tebing selepas ‘mencuri’ beg tersebut untuk mencari makanan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam kejadian di Taman Negara Khao Phra Wihan, dalam wilayah Srisaket, Thailand, monyet liar itu dilaporkan melarikan beg seorang wanita kerana mencari makanan.

Namun, disebabkan tiada sebarang makanan di dalam beg tersebut, monyet itu melemparnya dari tepi tebing.



Pelancong berkenaan kemudian meminta bantuan renjer hutan bagi mencari beg itu yang mengandungi pelbagai barangan penting dan dokumen peribadi serta wang tunai berjumlah 50,000 baht (RM6,370).

Renjer hutan kemudian menuruni kawasan tebing itu untuk mencari beg tersebut dan menyiarkan rakaman usaha pencarian itu secara penstriman langsung di laman Facebook.

Selepas menuruni tebing kira-kira 100 meter, beg itu berjaya ditemui dan dipulangkan kepada pelancong berkenaan.

Menurut Taman Negara Khao Phra Wihan, monyet-monyet liar di kawasan itu kebiasaannya agresif dan sering merampas barangan milik pelancong ketika ia mencari makanan. – Agensi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker