Azhar Harun letak jawatan sebagai Pengerusi SPR, Speaker Dewan Rakyat menanti.

Azhar Harun secara sah telah meletak jawatan sebagai Pengerusi SPR. Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Berikut adalah siaran berita dari Mkini.

Azhar tinggalkan SPR, Azmi pangku tugas pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Azhar Azizan Harun telah meletakan jawatan sebagai pengerusi badan itu pada 29 Jun lalu.



Sehubungan itu, Unit Komunikasi Korporat SPR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom akan menjalankan tugas pengerusi.

Beliau akan menjalankan tugas itu sehingga pelantikan pengerusi SPR baharu, selaras dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan.

“SPR memaklumkan bahawa Datuk Azhar Azizan Harun telah meletak jawatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa pada 29 Jun lalu.

“Peletakan jawatan ini sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun lalu,” katanya.



SPR turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Azhar atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai pengerusi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker