Covid-19 : 1335 kes baru hari ini dengan 2 kematian

Jangkitan baru Covid-19 merekodkan sebanyak 1,335 kes pada hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak dengan 11,039 kes aktif.

Menurut Dr Noor Hisham dua kematian dicatat dengan jumlah terkumpul korban seramai 382 orang.

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya



Sementara itu, negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes (38.6 peratus).

Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu

sebanyak 337 kes (65.4 peratus). Ini diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 258 kes (19.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 250 kes (18.7 peratus).



Status Terkini #COVID19, 6 Dis 2020
Kes sembuh=1,069
Jumlah kes sembuh=61,273 kes
Kes baharu positif=1,335 kes
(termasuk import 3)
Jumlah positif=72,694 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=382 kes
Kes dirawat di ICU=126 kes
Bantuan Alat Pernafasan=57

Berita lanjut menyusul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker