‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’

‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’

Subang: Aksi tembak menembak antara polis dengan penjenayah di Persiaran Prima Utama 3, Puchong Permai, di sini, semalam, digambarkan seperti melihat adegan filem.

Seorang penduduk lelaki di kawasan itu yang enggan dikenali berusia 30-an memaklumkan dia melihat beberapa kenderaan mengejar kereta dipercayai dinaiki suspek di lokasi berkenaan kira-kira 4 petang, semalam.



“Beberapa minit kemudian, berlaku adegan tembak menembak selepas polis berjaya mengepung dan menahan kereta suspek.

“Saya nampak lelaki (suspek) dalam kereta itu yang melepaskan tembakan terlebih dahulu.

“Dalam masa beberapa minit juga, pihak polis dilihat berjaya mengawal situasi di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita berusia 60-an yang juga penduduk di kawasan berkenaan berkata, pada mulanya dia tidak menyangka berlaku kejadian berbalas tembakan di lokasi terbabit.



“Saya terdengar satu letupan dan menyangka ia mercun dimainkan oleh anak-anak di kawasan ini ketika bermain di luar rumah.

“Namun, saya lihat anggota polis berpakaian biasa meniarap di jalan raya sambil melepaskan tembakan ke arah kereta terbabit.

“Kejadian tembak menembak yang berlaku itu macam dalam perang, sangat menakutkan,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian itu mempunyai 13 rekod jenayah termasuk enam kes dadah dan satu rekod dikehendaki polis. HM



‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn



Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda



Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker