Hajat Zarina tunai Haji tak tercapai

Hajat Zarina tunai Haji tak tercapai

Kuala Terengganu: “Saya tidak menyangka mayat yang ditemui dalam semak pada Khamis lalu adalah ibu saudara saya sendiri kerana saya yang menghantarnya ke terminal bas untuk pulang ke Terengganu.

“Sebelum arwah menaiki bas, saya sempat memeluknya dan itu menjadi kenangan terakhir bersama arwah,” kata anak saudara mangsa bunuh, Zarina Mukhtar, 57.

Muhammad Harith Mustaqim Mohd Sabri, 31, berkata, ibu saudaranya sudah berada di Kuala Lumpur lebih dua bulan lalu.

Menurutnya, seminggu terakhir sebelum pulang ke Terengganu, arwah tinggal bersamanya di Bangsar selama lapan hari.

“Arwah datang ke ibu kota untuk mencari kerja, namun gagal mendapatkan pekerjaan seperti yang dijanjikan sebelum membuat keputusan pulang ke kampung halaman.

“Pada malam 15 Januari lalu, saya menghantar arwah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk menaiki bas pada jam 10 malam dan ketika memeluknya, saya terasa sangat rindu.

“Sepanjang berada di rumah, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik dan saya sangat terkejut dengan apa yang berlaku ini,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Rengas, di sini, hari ini.

Kakitangan swasta itu berkata, arwah seorang yang rajin bekerja dan pemergiannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan pendapatan lebih bagi mengumpul wang menunaikan haji.

“Sebelum ini, arwah pernah menunaikan ibadah umrah hasil daripada titik peluhnya sendiri dan hasratnya untuk menjejakkan kaki untuk kali kedua tidak kesampaian.

“Justeru, saya menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut menyiasat secara terperinci dan berharap arwah mendapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan identiti mayat wanita yang ditemui dalam semak di Marang, Khamis lalu sudah dikenal pasti sebagai Zarina.

Berikutan itu, seorang pesara berusia 59 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM

Hajat Zarina tunai Haji tak tercapai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker