3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan

3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan

Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan diraja bekas perdana menteri Najib Razak kemungkinan besar tidak akan dikeluarkan hari ini.

Lembaga itu dilihat tidak akan membuat keputusan yang boleh mengalihkan perhatian awam terhadap peristiwa pelantikan Yang di-Pertuan Agong baru.

Terdahulu spekulasi bahawa ia akan diumumkan dalam sidang media Kementerian Dalam Negeri petang ini juga telah ditolak.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil juga dijangka sekali lagi meminta media menunggu kenyataan rasmi dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet.

Kabinet dilihat cuba menegaskan pemisahan antara kuasa eksekutif dan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Lembaga bermesyuarat pada Isnin lalu dan ia dipercayai antaranya bagi memutuskan permohonan Najib.

Ia dikatakan mesyuarat terakhir Yang di-Pertuan Agong sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penggal pemerintahan baginda berakhir semalam.

Terdapat tiga kemungkinan boleh dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang mengundang debat hangat, iaitu:

Najib diampunkan dan dibebaskan daripada penjara.

Hukuman 12 tahunnya dikurangkan. Terdapat jangkaan hukumannya dikurangkan kepada enam tahun.

Lembaga Pengampunan tolak permohonan Najib.

Najib sekarang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah dalam kes rasuah melibatkan dana RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Najib juga sedang berdepan perbiraan lain, termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB bernilai RM2.27 bilion.

3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker