Polis sahkan bom di kereta Siti Kasim dalam keadaan ‘switch off’

Ketua Polis Kuala Lumpur memaklumkan bahawa bom yang ditemui di bawah kereta peguam Siti Kasim baru-baru ini dalam keadaan ‘switch off’ (tertutup)

Dia memberitahu sidang media hari ini bahawa dua alat letupan buatan (IED) itu dipercayai hasil kerja seseorang yang mempunyai pengetahuan membuat bom.

Katanya, ini berdasarkan cara peranti itu dibina, dengan polis mendapati ia mengandungi mekanisme lengkap yang diperlukan untuk letupan.

“Bagaimanapun, kita dapati bom tersebut dalam keadaan ‘switch off’ (tertutup) dan untuk menghidupkannya perlu ditekan suis itu secara fizikal. Bahan ditemui antaranya kain, diesel, wayar, bateri dan mercun.

“Saya yakin, suspek ini mempunyai ilmu dalam pembuatan bahan letupan dan diharap spekulasi perkara ini akan berhenti setakat ini,” katanya, seperti dilaporkan Kosmo!

Pada 21 Julai lalu, Siti Kasim menghantar keretanya ke pusat servis di Bangsar, Kuala Lumpur sebelum seorang mekanik menemui objek mencurigakan melekat pada bahagian bawah kenderaan itu.

Polis kemudiannya mengerahkan Unit Pemusnah Bom dan berjaya mengeluarkan objek yang disyaki bom.

Shuhaily memberitahu media hari ini bahawa polis telah menemu bual seramai 13 individu bagi membantu siasatan kes itu.

Mereka termasuk Siti, rakan-rakannya, mekanik yang menemui peranti itu, dan anggota keselamatan di kawasan perumahan tempat tinggal Siti.

“Kita meneliti kesemua televisyen litar tertutup (CCTV) yang melibatkan perjalan aktivis (Siti Kasim) ini dan masih mencari petunjuk,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker