Rafizi takkan layan tuduhan PN dalam waktu bekerja

 

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan tanggungjawab beliau dan kerajaan ketika ini adalah untuk membaiki kehidupan rakyat bukannya untuk melayan ‘perang’ di media sosial.

Ini kerana kata Rafizi, keutamaan sekarang adalah melaraskan dasar-dasar dan pelaksanaan projek supaya memberi impak paling besar kepada rakyat dalam persediaan menghadapi cabaran ekonomi 2023 yang dijangka lebih menguji kekuatan serta daya tahan.



“Saya faham perang media sosial masih panas, mainan politik Perikatan Nasional (PN) dan Pas terus berlaku.

“Tetapi tanggungjawab utama kerajaan adalah membaiki kehidupan rakyat. Masa waktu yang dibayar gaji oleh rakyat, saya akan tumpu kerja sebagai menteri,” katanya di laman Facebook hari ini.

Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau bersedia berdepan dengan PN mahupun Pas diluar waktu bekerja.

“Saya akan menjawab isu-isu yang mereka mainkan dan juga akan selaraskan supaya aktivis dan pimpinan Kerajaan Perpaduan turut sama memantau prestasi mereka sebagai pembangkang.



“Mereka ingat jadi pembangkang ini hanya menimbulkan sentimen kebencian. Mereka lupa bahawa menjadi pembangkang juga perlukan pengetahuan mengenai dasar, memantau pelaksanaan, membawa suara rakyat dengan masalah seharian mereka,” ujarnya.

Pada masa sama, Timbalan Presiden PKR itu turut memaklumkan bahawa beberapa perkara akan dibuat bermula minggu hadapan selepas seminggu memahami keadaan semasa kementerian.

Pertama katanya, beliau akan mengeluarkan keluar kenyataan politik sebagai Timbalan Presiden PKR (bukan sebagai Menteri) untuk menggariskan perancangan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Selain itu, beliau akan menyiarkan kandungan-kandungan politik (selain dari kandungan mengenai dasar dan program sebagai menteri) supaya dapat mematahkan sentimen kebencian yang dibawa sekarang,”ujarnya.



Justeru, beliau menyeru kepada semua rakan politiknya supaya tidak risau kerana segala perancangan telah disusun untuk berdepan dengan lawan politik.

“Masa yang dibayar gaji oleh rakyat adalah tanggungjawab negara dan tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja politik.

“Masa kami sendiri (seperti waktu malam, hujung minggu dan lain-lain) adalah masa untuk berkempen supaya tidak ada campur aduk di antara tanggungjawab sebagai menteri dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden parti,” ujarnya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)



Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker