Ramai terkandas di Lebuhraya Pasir Gudang ekoran banjir kilat

Hujan lebat berterusan lebih sejam sejak kira-kira jam 4 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat.

Makluman awal yang diterima Astro AWANI dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor memaklumkan, pusat gerakan operasi jabatan itu memberitahu, tiga kawasan dilanda banjir melibatkan Pasir Gudang, Johor Bahru dan Batu Pahat .

Hujan lebat turut menyebabkan ratusan kenderaan yang menuju ke Johor Bahru melalui Lebuhraya Pasir Gudang telah terkandas selepas jalan dinaiki air.
Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka melibatkan negeri-negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Melaka dan Johor Ahad hingga Isnin ini.



Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata hujan lebat dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu & Marang); Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka bertiup di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh tersebut.

Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

[VIDEO] Kuala Lumpur tenggelam dalam banjir kilat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker