Muhyiddin dakwa menteri DAP mahu kes kalimah Allah digugurkan

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mendakwa ada menteri DAP yang pernah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan kes Jill Ireland di luar mahkamah.

Dia berkata ini berlaku semasa dirinya adalah menteri dalam negeri semasa pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018.

“Saya tidak bersetuju dengan permintaan ini kerana apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di luar mahkamah itu ialah KDN menarik balik perintah rampasan cakera padat risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Menurutnya, pendirian KDN ketika itu adalah kes berkenaan mesti diputuskan oleh mahkamah mengikut proses undang-undang kerana penyebaran risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dan berkemungkinan menggugat ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Kes Ireland mempunyai dua elemen.

Kes itu bermula pada 2008 apabila lapan CD pendidikan Kristian dari Indonesia milik Ireland, seorang penduduk Melanau yang beragama Kristian, sebaiknya dia tiba di Sepang.

Dia kemudian memfailkan saman untuk mendapatkan semula CD itu, serta pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak untuk menggunakan kalimah Allah serta barangan persendirian lain yang mengandungi perkataan itu.



Mahkamah Tinggi pada 2014 mengarahkan CD itu dikembalikan, tetapi tidak memutuskan tentang perintah yang diminta oleh Ireland.

Mahkamah Rayuan kemudiannya mengekalkan keputusan itu pada 2015, dan memerintahkan supaya permohonan tentang perintah yang dituntut oleh Ireland didengar semula di Mahkamah Tinggi.

Selepas itu, CD yang dirampas dikembalikan kepada Ireland pada Sept 2015 – hampir 3 tahun sebelum Muhyiddin memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri.

Dia bagaimanapun adalah timbalan perdana menteri ketika itu.



Perbicaraan semula pengisytiharan Ireland mengenai haknya untuk menggunakan kalimah Allah berakhir pada Nov 2017, tetapi keputusan ditangguhkan sehingga 2021 – dengan mahkamah akhirnya memutuskan untuk memihak kepadanya.

Dalam penghakimannya, hakim Nor Bee Ariffin berkata arahan Kementerian Dalam Negeri bertarikh 5 Dis 1986, yang melarang penggunaan “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah”, dan “Solat” kepada bukan Islam tidak mempunyai sokongan undang-undang, dan oleh itu adalah salah dan tidak rasional, serta melampaui apa yang disebut oleh kabinet.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin ketika itu merayu keputusan tersebut.

Rayuan itu kemudiannya ditarik balik oleh kerajaan hari ini, membawa kepada kekecohan semasa.



Muhyiddin berkata kerajaan campuran tidak sepatutnya menarik balik rayuan dan seharusnya membenarkan proses mahkamah diteruskan.

Selanjutnya, dia berkata jika mahkamah masih tidak berpihak kepada kerajaan dalam perkara itu, maka undang-undang perlu dipinda.

“Wajarlah bagi pihak kerajaan meminda undang-undang berkenaan demi memastikan tujuan undang-undang tersebut dikuatkuasakan, iaitu untuk menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memelihara ketenteraman awam di negara ini dapat dicapai,” katanya.

Tambahnya, pandangan Raja-raja Melayu – sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing, serta Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan – harus dipertahankan oleh kerajaan, katanya.



Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan untuk menarik balik rayuan itu adalah disebabkan percanggahan yang timbul akibat keputusan mahkamah.

Dia juga berkata, kerajaan sedang menghasilkan garis panduan baharu mengenai penggunaan kalimah Allah selaras dengan kepentingan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker