Usaha jejaki Zalina Azman buntu

Usaha jejaki Zalina Azman buntu

SHAH ALAM: Polis belum mendapat sebarang petunjuk baharu untuk membantu siasatan dalam usaha mengesan bekas personaliti TV3, Zalina Azman, yang dilaporkan hilang sejak November lalu.

Siasatan polis juga tidak menolak kemungkinan kerja pengubahsuaian rumah bekas personaliti itu juga sudah lama dilakukan, sebelum beliau dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata situasi itu menyukarkan polis mengesan pekerja yang menjalankan pengubahsuaian berkenaan.

“Setakat ini status masih sama, kita tiada petunjuk baharu lagi…..memang Kertas Enkuiri Polis (KEP) akan diteruskan.

“Belum (ada petunjuk) lagi (kesan pekerja)…tempoh masa pengubahsuaian itu agak lama juga, bukan baru. Mungkin ada kepayahan di pihak kita, melainkan pekerja tampil ke depan memberi maklumat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Selangor, di sini hari ini.

S Sasikala Devi berkata, sekiranya polis menemui petunjuk baharu, siasatan akan dijalankan berdasarkan petunjuk baru yang diperoleh kelak.

Hasil tinjauan NSTP di Jalan Ketiau, Seksyen 3, di sini, Selasa minggu lalu, mendapati keadaan rumah terbabit seolah-olah sudah lama ditinggalkan, manakala pagar kediaman itu dilihat seperti belum siap dibina.

Pemilik pusat tahfiz yang berjiran dengan rumah Zalina, Mohammad Bokhari Shariff, 76, memaklumkan kerja pengubahsuaian kediaman berkenaan terhenti beberapa bulan sebelum kehilangan wanita itu dilaporkan.

“Sebelum itu, saya melihat rumah terbabit sedang melalui proses ubah suai seakan-akan untuk dijadikan pejabat, namun kerja berkenaan terhenti beberapa bulan sebelum beliau dilaporkan hilang pada tahun lalu.

“Saya mengetahui mengenai kehilangannya selepas polis datang menemui saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang giat mencari Zalina, 58, yang dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, gagal menghubungi beliau sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital. BH

Usaha jejaki Zalina Azman buntu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker