Nash cedera kemalangan, kereta terbabas langgar tembok penghadang

PETALING JAYA: Penyanyi Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di KM250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim dalam kenyataan berkata, kemalangan kira-kira 4 petang itu berlaku semasa bekas vokalis kumpulan Lefthanded bersama pemandunya dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Harrier yang dinaiki mereka melanggar lopak air sebelum hilang kawalan dan terbabas melanggar tembok penghadang jalan di kiri lebuhraya

MB mahu semua pihak bersedia, Selangor berhadapan gelombang baharu Covid-19

Keadaan Toyota Harrier selepas melanggar tembok penghadang jalan di kiri Lebuhraya Utara-Selatan. (Gambar Facebook)

Beliau berkata, Nash mengalami sakit dada dan luka pada muka, manakala pemandunya yang berusia 33 tahun mengalami luka ringan

Dalam pada itu, anak lelaki Nash, Shameer Nasha Jamaluddin, 26, berkata, bapanya kini dalam keadaan stabil dan menerima beberapa jahitan.

“Ayah agak terkejut tadi, bagaimanapun keadaanya baik dan masih berada di Hospital Seremban ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Anwar selar Putrajaya terlampau lembab peroleh bekalan vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker