Mukhriz cuba main dua kolam, minta kerusi daripada PN, PH untuk PRN

Mukhriz cuba main dua kolam, minta kerusi daripada PN, PH untuk PRN

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikatakan meminta Perikatan Nasional (PN) memperuntukkan sejumlah kerusi kepada parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sumber PN Kedah yang rapat dengan Mukhriz memaklumkan, itu antara intipati pertemuan antara bekas Menteri Kedah itu dengan lima kepimpinan tertinggi PAS baru-baru ini.



Menurut sumber yang juga EXCO kerajaan negeri Kedah, Mukhriz menyatakan hasrat untuk PEJUANG menjalin kerjasama dengan PN dalam PRN Kedah, dengan harapan kerjasama itu menjadi talian hayat untuk Mukhriz mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

Difahamkan, Mukhriz memohon sekurang-kurangnya dua kerusi diperuntukkan kepada PEJUANG sekiranya kerjasama itu menjadi kenyataan, iaitu kerusi DUN Jitra yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dan DUN Anak Bukit yang disandang wakil PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah.

“Ketika bertemu lima pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini, Mukhriz menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PN dan mahu diperuntukkan beberapa kerusi kepada PEJUANG.

“Dalam pertemuan itu, pimpinan PAS tidak memberi sebarang kata putus kerana perbincangan masih di peringkat permulaan.



“Namun, tindakan Mukhriz yang turut mengadakan pertemuan dan menyatakan minat bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), memperlihatkan beliau cuba bermain dua kolam untuk pertahankan kerusinya,” katanya kepada BH, hari ini.

Ahad lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan berlaku pertemuan antara Mukhriz bersama kepemimpinan tertinggi PAS baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah itu dilaporkan berkata, intipati perbincangan antara dua pihak bagaimanapun belum didedahkan setakat ini memandangkan perbincangan itu hanya membabitkan lima kepemimpinan tertinggi parti bersama Mukhriz.

BH hari ini melaporkan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar turut mengesahkan Mukhriz ada bertemunya di ibu negara kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkan mengenai ruang kerjasama antara PEJUANG dan PH bagi menghadapi PRN Kedah.



Namun, Mahfuz menyarankan Mukhriz bertemu secara terus dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana isu mengenai kerjasama dalam PRN hanya boleh diputuskan oleh Majlis Presiden PH. BH

Mukhriz cuba main dua kolam, minta kerusi daripada PN, PH untuk PRN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker