MARA penting untuk pendidikan dan juga perniagaan Bumiputra.

Keputusan MARA untuk memberikan fokus kepada bidang pendidikan adalah keputusan yang baik tetapi ia BUKAN sesuatu yang baru.

Pengupayaan orang Melayu/bumiputra adalah sebaiknya menggunakan instrumen pendidikan. Dan ini lah yang telah di laksanakan oleh UMNO selama berpuluh-puluh tahun, melalui MARA, ITM dan sekarang Uitm dan lain2 institusi pendidikan di bawah MARA.

Tanpa perjuangan UMNO, MARA dan pelaburan dalam bidang pendidikan untuk orang Melayu tidak mungkin berlaku.
Malah melalui MARA lah, ratusan ribu kaum Melayu/bumiputera telah diupayakan melalui MRSM, pembiayaan pendidikan tinggi dan penubuhan pelbagai institusi pendidikan tinggi di bawah UniKL.

Pada waktu yang sama, MARA semasa UMNO mentadbir, juga berperanan membantu membangunkan keupayaan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Malah MARA lah agensi terawal yang diberikan mandat untuk membantu keusahawanan golongan Melayu/bumiputera tanpa mengabaikan kepentingan peranannya dalam sektor pendidikan.

Jika kerajaan PH ingin MARA meninggalkan misi perniagaannya, maka Kerajaan harus menjelaskan bagaimanakah dana endowmen yang dicadang untuk ditubuhkan itu akan dibiayai dan apakah strategi untuk melestarikannya. Penubuhan dana endowmen yang akhirnya bergantung penuh kepada kerajaan, tidak akan menjadi lestari dan mapan.

Amatlah penting untuk Kerajaan mempertimbang bagi mencari kedinamikan baru kepada semua aktivit pelaburan dan perniagaan MARA sedia ada, tanpa perlu memberhentikan atau menutup operasi perniagaan terbabit.

Penyelesaian terbaik ialah dengan langkah memperkasakan dan menambah nilai kedua dua peranan MARA dalam PENDIDIKAN dan PERNIAGAAN dengan memberikan impetus dan sentuhan profesional bakat tempatan.

Mohamad Haji Hasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker