Asyraf Wajidi mahu SPRM perjelaskan isu penarikan kes rasuah

Asyraf Wajidi mahu SPRM perjelaskan isu penarikan kes rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tampil menjelaskan secara tuntas kepada rakyat mengenai semua isu berkaitan penarikan balik kes rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia terutamanya bagi kes melibatkan tokoh politik kerana perkara itu berpotensi merencatkan segala usaha untuk membanteras dan memerangi jenayah rasuah.

“Isu penarikan balik kes rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah terutamanya yang melibatkan individu yang dikaitkan dengan politik adalah suatu yang amat serius dan perlukan penjelasan tuntas daripada pihak SPRM.



“Jika benar alasannya kerana terdapat elemen-elemen kekurangan dalam siasatan serta keputusan pendakwaan yang tidak berasaskan pertimbangan yang menyeluruh, maka ia akan dilihat dan dipersepsikan rakyat semacam SPRM tidak bersifat profesional dan wujud kepentingan politik dalam pendakwaan.

“Pemuda UMNO Malaysia bersependapat dengan saranan dan pandangan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM agar agensi itu tidak sesekali menjadi organisasi yang mudah dipolitikkan oleh mana-mana pihak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Asyraf Wajdi menambah, SPRM perlu dilihat bebas, profesional dan melangkaui sebarang pengaruh kuasa politik tidak kira siapa pun yang menjadi kerajaan.

“Ini juga penting untuk mengelakkan persepsi rakyat bahawa tindakan SPRM dikaitkan dengan pepatah ‘sekali air bah, sekali pantai berubah’,” ujarnya.



Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menerusi komennya pada hantaran tersebut turut berkata, beliau amat bersetuju dengan pandangan agar SPRM diletakkan terus di bawah pemantauan Parlimen dengan ketua pengarahnya dipilih oleh Jawatankuasa Khas Parlimen diwakili wakil parti kerajaan dan pembangkang.

Asyraf Wajidi mahu SPRM perjelaskan isu penarikan kes rasuah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


SPRM tahan CEO, 3 pegawai kanan GLC disyaki seleweng dana RM2.2j



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker