Lelaki maut terlanggar tiang penghalang tol

Lelaki maut terlanggar tiang penghalang tol

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi terlanggar tiang penghalang tol sebelum terjatuh ke bawah sebuah lori.

Kejadian berlaku di Tol Penchala menghala ke Damansara pada pukul 7.22 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Empat sekeluarga maut: Pemandu treler miliki 13 saman trafik direman

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan. Utv

Lelaki maut terlanggar tiang penghalang tol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker