Apa itu bom fosforus putih yang Israel guna untuk serang Gaza

Apa itu bom fosforus putih yang Israel guna untuk serang Gaza

Israel semalam didakwa mula menggunakan bom fosforus putih, yang boleh mengakibatkan sesak nafas, dalam serangan ke atas Gaza.

Perkara utama yang perlu diketahui mengenai bom itu ialah ia menyebabkan kecederaan serta-merta pada paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang, selain boleh melecurkan kulit dan otot manusia.



Senjata berasaskan fosforus putih sama ada menggunakan peluru, roket atau mortar, sudah mendapat perhatian sejak sekian lama, sehingga Konvensyen Geneva 1980 memberi perhatian kepada penggunaannya yang memerlukan kawalan ketat bawah undang-undang antarabangsa.

Berdasarkan carian maklumat dalam Internet, fosforus putih ialah bahan toksik berwarna putih dan kekuningan, manakala bau seakan menyengat seperti mancis atau bawang putih. Bagaimanapun, tidak boleh bergantung pada bau untuk mengesannya.

Bahan toksik ini juga berbentuk pepejal kristal berlilin, yang boleh bertukar menjadi gelap apabila terdedah kepada cahaya.

Biasanya digunakan oleh tentera dalam bentuk pelbagai jenis peluru sebagai agen pembakar kerana ia boleh terbakar secara spontan apabila terdedah kepada oksigen.



Malah, ia juga digunakan oleh tentera di seluruh dunia sebagai agen asap kerana ia menghasilkan awan asap putih.

Fosforus putih juga boleh menyalakan api yang marak dan cepat merebak di atas tanah, malah dalam beberapa laporan, ia didakwa amat sukar untuk dipadamkan apabila dinyalakan.

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia, badan pelaksana antara kerajaan untuk Konvensyen Senjata Kimia, bagaimanapun tidak menyenaraikan fosforus putih dalam mana-mana tiga Jadual Senjata Kimia.

Penggunaan senjata berasaskan fosforus putih dilihat boleh menyebabkan kemudaratan teruk disebabkan pendedahannya yang boleh membawanya kepada kecederaan terbakar dan penyedutan wap.



Ia diserap ke dalam badan apabila disedut, ditelan, atau melalui sentuhan kulit. Malah ia juga boleh melekat pada banyak permukaan, termasuk kulit dan pakaian.

Sekiranya ia dilepaskan ke udara sebagai asap, fosforus putih boleh mencemari air yang terdedah kepadanya, seterusnya akan memberi kesan kepada berjuta-juta manusia dan haiwan.

Laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) boleh menyebabkan pencemaran bahan makanan. Sekiranya fosforus putih dilepaskan sebagai asap, ia mungkin tidak mencemarkan produk pertanian, tetapi zarah fosforus putih yang tidak bertindak balas dengan udara boleh mencemari produk pertanian.

Laporan oleh Human Rights Watch mendakwa, Israel secara meluas sudah menggunakan peluru fosforus putih dalam operasi ketenteraan 22 hari di Gaza yang dipanggil ‘Operasi Cast Lead’ pada 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009.



Laporan itu memaklumkan senjata fosforus putih bagaimanapun tidak membunuh kebanyakan orang awam di Gaza, sebaliknya ramai yang maut akibat peluru berpandu, bom, artileri berat, peluru kereta kebal dan tembakan senjata kecil.

Namun, laporan itu menyatakan, penggunaannya di kawasan kejiranan yang padat dengan penduduk adalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang memerlukan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan bahaya orang awam. BH

Apa itu bom fosforus putih yang Israel guna untuk serang Gaza

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker