#BMF : Kempen utamakan produk Muslim tunjuk perkembangan baik – Ummah

NGO Ummah mendakwa kempen Utamakan Produk Muslim (BMF) berada di landasan yang betul apabila pemilik perniagaan Melayu melaporkan kenaikan jualan dari 50 hingga 100 peratus.

Sebaliknya Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya memberitahu Malaysiakini bahawa NGO itu menerima aduan daripada pemilik perniagaan Cina yang perniagaan mereka mengalami penurunan sebanyak 50 peratus.

“Perkembangan sangat baik. Banyak peniaga menyatakan (Jualan) naik antara 50-100 peratus. Dalam masa yang sama, (mereka) kata perniaga Cina mengadu kata perniagaan drop sehingga 50 peratus.

“Sekarang ni, tugas kita adalah untuk kekalkan sentimen. Kita kekal Buy-Muslim-First, bukan boikot. Dalam masa yang sama, kita tengah kumpul data-data peniaga,” kata Aminuddin ketika ditemui di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur.



Beliau berkata disebabkan populariti kempen tersebut, beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dan pemilik perniagaan yang diugut pihak tertentu.

“Saya ada dengar terdapat kawan-kawan kita – peniaga-peniaga dan NGO-NGO yang menggerakkan BMF terpaut ugutan. Saya belum sahkan tapi bagi saya benda ni tak wajar sama sekali.

“Kita cuma suruh utamakan produk Muslim,” katanya.

Aminuddin mengakui walaupun terdapat peningkatan dalam jualan, kilang-kilang dan pemborong yang dikendalikan bukan Melayu tidak terjejas.



“Mungkin yang terjejas tu kedai. Tapi pemborong dan kilang saya rasa tak boleh pun tembusi. Bukan semua kita boleh buat sendiri. Kita masyarakat majmuk,” katanya.

Kempen berkenaan sebelum ini menerima pelbagai reaksi dan menimbulkan kontroversi kerana dikatakan meminta orang ramai memboikot produk bukan Muslim.

Ini menyebabkan Ummah mengadakan sidang media pada awal September untuk menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mendesak orang Melayu memboikot produk bukan Muslim, dan mendakwa kempen itu dicemari oleh beberapa ahli politik yang mengaitkannya dengan perkauman. Mkini



Related Articles

One Comment

  1. tokay syarikat2 & orang cina suka mengungkit kata mereka paling banyak bayar cukai pada kerajaan…ada diantara mereka sampai menghina & memperlekeh kononnya cukai yang mereka bayar kerajaan buat bayar gaji penjawat awam seperti anggota tentera yang kerjanya cuma tahu makan & tidur

    bila pembelian produk2 keluaran syarikat kepunyaan tokay orang cina jatuh tidak mendapat sambutan makanya mereka tak perlu bayar banyak lagi cukai hasil dari pendapatan syarikat mereka kepada kerajaan

    moral of the story….

    jadinya, jangan irihati tentang BMF…tak perlu irihati kerana tokay syarikat2 Orang Islam pula kena bayar lebih cukai hasil dari peningkatan pendapatan syarikat mereka kepada kerajaan kerana produk2 mereka semakin laku mendapat sambutan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker