Parti India baharu ancam pecah lagi undi

Parti India baharu ancam pecah lagi undi

Kepentingan masyarakat India mungkin terus diabaikan jika penubuhan parti politik baharu berasaskan India memecah-belahkan undi, menurut penganalisis politik Awang Azman Pawi.

Awang Azman, seorang profesor di Universiti Malaya, berkata parti-parti itu akan bersaing untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan pengundi yang sudah pun kecil, memandangkan masyarakat India hanya membentuk 7% daripada populasi negara.



“Percambahan terlalu banyak parti India mengakibatkan suara mereka semakin lemah, yang akan mengurangkan perpaduan (dalam menyuarakan rungutan),” katanya kepada FMT.

Awang Azman juga berkata ramai pengundi India membuang undi mereka untuk PKR dan DAP, kerana trend semasa dalam politik adalah ke arah keterangkuman kaum dan kerjasama dalam satu parti.

“Ia lebih sesuai dengan cara itu kerana mereka boleh memastikan agenda mereka lebih boleh dicapai kerana asas sokongan yang lebih besar,” katanya.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dua parti India baharu telah memasuki landskap politik.



Yang pertama ialah Urimai, yang diasaskan oleh bekas timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy, yang meninggalkan parti itu selepas digugurkan daripada PRN pada Ogos.

Ramasamy berkata parti lain yang sedia ada tidak menangani isu yang dihadapi oleh kaum India.

Pada Sabtu, penubuhan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) diumumkan oleh bekas ketua pemuda MIC Selangor P Punithan, yang merupakan presiden MIPP. Beliau menyatakan alasan yang sama seperti Ramasamy untuk menubuhkan parti itu.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, pecahan undi kaum India akan menjadi cerminan undi Melayu antara Umno, PKR, Amanah, Bersatu dan PAS.



“Orang dari parti (baru) ini beranggapan parti India yang lama tidak boleh mewakili kaum India lagi,” katanya.

“Ini hanya untuk mendapatkan undi daripada pengundi MIC terdahulu atau pengundi Pakatan Harapan.” FMT

Parti India baharu ancam pecah lagi undi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zainal tak malu mengaku guna botox



Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker