Wanita Mali lahir kembar 9 di Maghribi


BAMAKO: Seorang wanita warga Mali mengejutkan dunia apabila melahirkan kembar sembilan di Maghribi semalam.

Menurut kerajaan Mali, walaupun Rabat masih belum mengesahkan kejadian yang sangat luar biasa itu, semua sembilan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

Kerajaan Mali menghantar Halima Cisse, 25 tahun, seorang wanita dari utara negara Afrika Barat, ke Maghribi pada 30 Mac lalu untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Pada mulanya dia dipercayai hamil kembar tujuh.



Kes wanita yang berjaya melahirkan kembar tujuh jarang berlaku, apatah lagi kembar sembilan yang lebih luar biasa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari berkata dia tidak mengetahui kelahiran itu berlaku di salah satu hospital di negara ini.

Namun dalam satu kenyataan, kementerian kesihatan Mali berkata Cisse telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki menerusi kaedah pembedahan.



“Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik setakat ini,” kata Menteri Kesihatan Mali Fanta Siby kepada AFP.

Tambahnya, dia sentiasa menerima maklumat terkini daripada seorang doktor Mali yang turut menemani Cisse ke Maghribi.

Mereka dijangka pulang dalam beberapa minggu lagi, katanya.

Doktor bimbang dengan tahap kesihatan Cisse dan peluang untuk anak-anaknya terus hidup, menurut laporan akhbar tempatan.



Terdahulu, Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan berkata imbasan ultrasound yang dilakukan di Mali dan Maghribi menunjukkan Cisse hamil kembar tujuh.

Siby turut mengucapkan tahniah di atas sikap profesional “pasukan perubatan Mali dan Maghribi, sepanjang kehamilan yang berjaya ini”. FMT

Selepas ambil anak angkat 4 beradik, wanita hamil dikurniakan anak kembar 4 pula



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker