Shahidan dakwa PN mendahului di Kedah, Selangor dan P. Pinang

Shahidan dakwa PN mendahului di Kedah, Selangor dan P. Pinang

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan gabungan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi mendahului gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN).

Biar pun kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masih berbaki tujuh hari, Shahidan berkata, PN sudah memperoleh 34 kerusi setakat ini di Selangor.



“Pertama Kedah kita (PN) akan menang 36 kerusi di Pulau Pinang kita akan menang lebih dua kerusi iaitu 22 lawan 18 kerusi.

“Di Selangor, kami sudah mendahului 34 kerusi dan hampa (PH-BN) 22 kerusi,” katanya dalam ceramah gelombang PN Best di UDM Seberang Kota, Kuala Kedah malam tadi.

Bagi dua negeri di Pantai Timur, Shahidan turut menjangkaka PN akan menyapu bersih kesemua kerusi di Terengganu dan Kelantan.

“Kelantan insya-Allah kot (menang) 40-0. Terengganu 32-0. Kemenangan kami adalah sokongan daripada PN dan orang UMNO,” katanya lagi.



Bercakap mengenai Negeri Sembilan, Shahidan akan turun ke negeri berkenaan minggu depan.

Katanya, ia memandangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan menjadi kerusi terhangat kerana ditandingi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“(DUN) Rantau ini sebab Menteri Pertahanan bertanding, tunggu saya turun Isnin depan.

“Kawasan lain (di Negeri Sembilan) kita tidak mahu kacau sebab insya-Allah kita dapat tapi DUN Rantau depa kata hebat. Tunggu saya turun sebab calon tak berapa sihat, saya tunggu bagi dia rehat dua hari lagi.



“Bila dia sihat, saya nak ceramah dekat dia supaya dia tarik diri dan beri sokongan kepada PN,” katanya berseloroh. MG

Shahidan dakwa PN mendahului di Kedah, Selangor dan P. Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker