Doktor sahkan Salahuddin Ayub alami pendarahan otak, kini jalani pembedahan

KUALA LUMPUR: Doktor pakar mengesahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha akhbar beliau, Syakirin Husnal berkata, Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Menurut Syakirin, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 10.15 malam tadi, dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.



“Pihak Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya.

Syakirin memberitahu BH, keluarga Salahuddin kini berada di Alor Setar menunggu perkembangan terkini dari pihak hospital.

Sementara itu, Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), Aida Yusof Rawa memberitahu BH, Salahuddin dijadualkan berada di Pulau Pinang sepanjang hari Sabtu.

“Kami mendapat berita beliau dimasukkan ke hospital malam tadi, sehingga kini kami juga masih menunggu perkembangan terkini dari pihak keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Aida berkata, Salahuddin sebelum ini kelihatan sihat ketika tiba di Kedah malam semalam dari Kuala Lumpur.

“Sungguh tak sangka perkara begini berlaku, kita doakan yang terbaik, semoga beliau cepat sembuh,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker