Arwah Bob Lokman mahu isteri, anak teruskan legasi perniagaan makanan

Arwah Bob Lokman mahu isteri, anak teruskan legasi perniagaan makanan

Kota Bharu: “Sebelum ini ayah pernah berpesan supaya kami adik-beradik bersama dengan mama meneruskan legasi perniagaan menjual nasi yang diusahakannya selama ini,” kata Omar Hakim Mohd Hakim, 28.

Omar Hakim adalah anak kedua kepada pelakon, pelawak dan penulis lirik Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman, 58, yang meninggal dunia di kediamannya di Demit, Kubang Kerian pada 3 petang hari ini akibat komplikasi jantung.



Menurut Omar Hakim, selepas arwah bapanya menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2020, arwah mengambil keputusan pulang ke kampung halaman untuk berada dekat dengan datuknya, Lokman Ahmad, 80-an yang sakit tua.

“Selepas pulang ke kampung halaman arwah ayah bersama mama mula mengusahakan perniagaan menjual makanan seperti nasi maqluba, bubur daging, serta serunding bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Dalam pada itu, arwah ayah sering berpesan kepada mama dan adik-adik yang lain supaya meneruskan usaha perniagaan menjual makanan selepas ketiadaannya nanti disebabkan mama mahir memasak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Demit, Kubang Kerian, di sini, hari ini

Media hari ini melaporkan, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung.



Sebelum ini, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020.

Pada 21 April lalu, Bob dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut, namun akibat kekangan kewangan dialami, Bob hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar dari hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April lalu.

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama meninggalkan seorang balu, Relawati Daud, 42, dan tujuh cahaya mata.

Mengulas lanjut, Omar Hakim berkata, sejak seminggu lalu kesihatan arwah bapanya semakin merosot namun arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah beberapa kali dipujuk.



“Bagaimanapun, Maghrib semalam, arwah ayah mengalami sesak nafas dan keadaannya itu berterusan sehingga jam 11 pagi tadi menyebabkan saya dan mama, Relawati Daud terpaksa bersengkang mata menjaganya.

“Tetapi akibat terlalu kepenatan, saya terlelap dan dikejutkan oleh mama pada 2 petang memaklumkan arwah ayah sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, jenazah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk dimandi dan dikafankan, sebelum disolatkan di Masjid Kampung Pulau Hilir.

“Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir Kubang Kerian,” katanya. HM



Arwah Bob Lokman mahu isteri, anak teruskan legasi perniagaan makanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker