Kasut terpantas di dunia berharga RM6,604

Kasut ini dikuasakan oleh bateri dan mampu berjalan sehingga 9.6 km selepas dicas penuh. – Shift Robotics

PITTSBURGH, Pennsylvania – Sekumpulan jurutera robotik syarikat Shift Robotics di Amerika Syarikat (AS) mendakwa  mencipta kasut paling laju di dunia yang meningkatkan kelajuan berjalan sebanyak 250 peratus, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kasut  dinamakan  Moonwalkers itu memiliki lapan roda pada tapaknya. Kasut itu menggunakan motor elektrik kecil untuk menggerakkan roda yang membantu pergerakan pemakainya seperti semasa bermain kasut roda.

Kasut itu adalah hasil idea pasukan jurutera robotik Shift Robotics selepas pengasasnya, Xunjie Zhang mula berjalan ke tempat kerja dan menyedari kasut berkuasa dapat mengurangkan jarak perjalanannya sebanyak lebih separuh.

Ini kerana, ia meningkatkan kelajuan berjalan daripada purata 4.8 kilometer sejam (kmj) kepada 11.2kmj.



Pasukan itu memasarkan kasut Moonwalkers  pada harga AS$1,399 (RM6,604) untuk mereka yang memerlukan kelajuan semasa melakukan aktiviti harian. Zhang dan pa­sukannya juga melihat Moonwalkers sebagai kasut masa hadapan.

Kasut itu  dikuasakan oleh sel bateri yang memerlukan masa caj selama 1.5 jam untuk jarak lebih  9.6 kilometer (km).

“Moonwalkers bermula dalam Mod Kunci, di mana brek elektronik kami mengunci roda sepenuhnya.

“Untuk memasuki Mod Shift, di mana anda berjalan pada kelajuan larian, angkat tumit kanan anda dan putarkannya mengikut arah jam ke arah kaki kiri anda sambil mengekalkan jari kaki anda di atas tanah,” demikian menurut Shif Robo­tics di laman web rasminya. –  Agensi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker