Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

“Selamat ulang tahun adikku. Akak doakan yang paling terbaik untuk adik dan anak-anak. Akak sayang adik dunia akhirat,” tulis penyanyi, Adira Suhaimi yang menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran pelakon, Bella Astillah yang ke-30, hari ini.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram (IG), Adira, 32, berkata, dia sentiasa ada untuk memberi sokongan kepada Bella yang sudah dianggap seperti adiknya itu ketika berdepan dengan masalah rumah tangga ketika ini.



Dalam perkongsiannya itu, Adira turut memuat naik video ketika dia berada di tempat kejadian di mana suami Bella, pelakon Aliff Aziz, didakwa ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium di sini, Sabtu lalu.

Video itu juga memaparkan Adira sedang memeluk dan menenangkan Bella yang menangis ketika itu.

Sementara itu, perkongsian Adira itu turut mendapat perhatian pengikutnya di media sosial.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan turut bersedih dengan nasib yang menimpa Bella.



“Kasihan sekali menjelang ‘birthday’, ‘hadiah’ dari suami ialah selingkuh dan ditangkap khalwat. Jangan menoleh ke belakang lagi Bella,” tulis netizen.

“Sakitnya dia. Sakit yang sangat dalam dapat hadiah ‘birthday’ macam ni. Hancur hati dia kita boleh rasa,” tulis seorang netizen.

“Bina hidup baru Bella. Ada kehidupan jauh lebih bahagia dan seronok menanti Bella… ‘Stay strong’,” tulis seorang netizen lagi. BH

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’



Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama



A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker