PKR didakwa dalang buat panggilan provokasi terhadap BN

#PRU15

PKR didakwa dalang buat panggilan provokasi terhadap BN

Pentadbir laman Facebook Najib Razak mendakwa, PKR menjadi dalang di sebalik panggilan telefon ‘merayu’ rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, taktik yang pernah dilakukan pada PRU-14 kini diulang bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap BN yang seolah memaksa mereka.

“Tengok. Dah agak dah. Taktik keji yang sama berulang. PRU-14 – PKR dalang di sebalik panggilan. Rakyat marah BN, undi Pakatan Harapan (PH).

“PRU-15 – PKR juga dalang sejuta panggilan. Rakyat akan marah BN, undi PH,” katanya dalam hantaran hari ini.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak turut memetik kenyataan Rafizi seperti dilaporkan BH pada 18 September lalu yang meminta setiap kawasan membuat panggilan terhadap pengundi atas pagar, kira-kira 10,000 ke 15,000 seminggu dan PKR menyasarkan dapatan maklumat mencecah sejuta orang menjelang PRU-15.

Malaysiakini juga pernah melaporkan tentang tinjauan mulai 25 Disember 2016 hingga 17 Januari 2017 yang mencetuskan kebimbangan sebahagian responden apabila mereka mendengar rakaman suara wanita yang bertanya sama ada BN patut dipersalahkan susulan peningkatan kos hidup.

Tinjauan melalui panggilan telefon pada 2017 itu dikatakan didalangi oleh Invoke yang mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. MG

PKR didakwa dalang buat panggilan provokasi terhadap BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker