Intan Sarafina buka tudung di Finland

Sambut Aidilfitri Di Finland

Intan Sarafina buka tudung di Finland

Perkongsian terbaharu di Instagram milik penyanyi, Intan Sarafina menimbulkan tanda tanya selepas dia dilihat memuat naik gambar tidak lagi mengenakan tudung.

Menerusi hantaran tersebut, Intan atau nama lengkapnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, 41, membuat ucapan bersempena Aidilfitri dan berkongsi beberapa gambar bersama keluarga yang menyambut hari raya di perantauan.



Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin

Pelantun lagu Duhai Malam itu dilihat manis mengenakan baju kurung berwarna merah jambu sambil ditemani suami dan anak-anak.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai apabila Intan dilihat tidak lagi mengenakan hijab.

Bagaimanapun, penyanyi itu memilih untuk menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.



Menerusi tinjauan, kali terakhir ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi foto dia mengenakan hijab adalah pada Mac 2023.

Difahamkan, Intan dan keluarga sudah berada di Finland sejak tahun lalu.

Terdahulu, sekitar Januari 2021, Intan mengejutkan ramai selepas tampil dengan imej berhijab.
Sumber: Instagram Intan Sarafina

Intan Sarafina buka tudung di Finland



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan



Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker